Kelas Mengenali Asas Komputer
15 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 14 Februari 2020 (Jumaat), Seramai 15 orang pelajar Tabika Kemas kampung Krokong telah mengikuti Kelas Pengenalan Asas Komputer yang telah dijalankan di Bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Krokong. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik para pelajar akan kepentingan mengenali asas komponen komputer dan cara penggunaannya.
Secara teknikal komputer sebagai alat pengiraan. Tetapi komputer berbeza dengan alat lain kerana ia boleh diaturcarakan. Maksud aturcara salah satu set arahan logik yang tersusun untuk mengarahkan komputer melaksanakan sesuatu tugas. Oleh itu, Komputer bolehlah dimaksudkan sebagai satu alat eletronik yang mendapat menerima satu set aturcara yang dibina untuk melaksanakan sesuatu tugas. Ia dapat menerima dan menyimpan data dan memproses data yang disimpan mengkut arahan tertentu dan seterusnya menghasikan output kepada pengguna.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat sama-sama menjayakan kelas ini terutama Cikgu dan semua pelajar. Semoga semua pelajar mendapat manfaat daripada kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: